Be honest! that's all what i ask for.

Salam, 
Lama sungguh saya tak menulis di sini, kebetulan cuti and tersangat-sangat la free so saya datang la sini nak luahkan sedikit "ketidak puasan" hati saya dengan apa yang berlaku akhir-akhir ni..

Saya ada banyak kawan tapi yang rapat tu tak la banyak mana..Dalam berkawan ni bagi saya yang penting jangan suka menipu, pendek kata jujur la dan hargai la kawan tu. Yang peliknya, aku punya la baik dengan kawan aku masa mereka susah aku tolong setakat saya mampu tapi bila masa mereka perlu jujur dengan aku mereka tak dapat pun satu benda yang bernama jujur ni. Bukan perlu keluar duit pun nak jujur tu, susah sangat ke hah?? Jangan fikir saya diam-diam tak kisah semua benda macam ni. Plis la jangan menipu kalau nak kan sesuatu and kalau menipu tu pun satu, kalau menipu pastikan saya betul-betul tertipu sampai saya ke lubang kubur bukan baru ja nak menipu trus terkantoii 5 minit lepas tu.. Agak-agak la kalau nak menipu tu oi! Kalau betul-betul ada masalah cakap, tak la saya kejam sangat nak paksa buat benda yang kamu tak mampu. Start dari benda ni jadi buat aku rasa semua kawan yang aku ada ada perangai yang sama iaitu MENIPU. Bukan nak menuduh or apa, benda macam ni bukan first time kena kat aku tapi dah banyak kali.Harap2 kawan yang tak pernah buat saya macam ni tak la cuba nak menipu saya lepas ni sebab saya tahu siapa yang menipu dan tak menipu ni dah. Ya la dah asyik kena tipu..Aku bukan bodoh senang nak kena tipu kawan sendiri!! 

P/s:Kepada kawan saya yang pernah menipu saya tu, lepas ni jangan salahkan saya jika korang mintak tolong tapi aku buat tak tahu. Itu yang kamu mintak kan?

Okay, bye!