hello ;)
ni saya nak share sikit cecite cecite yg saya baca kat blog org td..lupa pula nama blogger nya siapa..
nway, thanks for sharing yah :D
Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner. Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta.
Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahimdan telah membuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Selesai menjalankan pembedahan , bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doKtor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeadaan sempurna.
Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan membuat beliau kaku seketika. Jari kecil bayi berusia 21 minggu yang keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan doktor seolah-olah dia ingin mengucapkan terima kasih kerana menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".
Ibu Samuel berkata, mereka menangis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata, "Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit, tapi ia adalah mengenai seorang insan kecil."
okay.bye.XoXo :)

No comments:
Post a Comment